Terdiri daripada 12 buah cerita menarik tentang ciptaan ALLAH AL-KHALIQ (Allah Maha Pencipta). Allah SWT Telah mencipta pelbagai makhluk di muka bumi ini termasuklah haiwan. Baca dan hayatilah pelbagai kisah menarik tentang ciptaan Allah tersebut di dalam buku ini. Setiap Kisah dipersembahkan dengan gaya bahasa yang mudah serta ilustrasi yang menarik. Diharap buku ini dapat menambah ilmu dan memantapkan iman para pembaca cilik.