“Ini Rahsia Kita!”- Mengisahkan tentang empat orang sahabat iaitu Rahim,Chee Meng,Hakim dan Siva yang telah melakukan satu kesalahan ketika mereka bermain bola sepak di padang sekolah.Kerana takut dedenda,mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan kesalahan mereka itu.Akibatnya,orang lain yang dipersalahkan dan menjadi mangsa.Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan sebenarnya?“INI BISKUT SIAPA?”-mengisahkan Hakim dan Chee Meng yang melarang rakan-rakan sekolah mereka daripada mengambil paket-paket yang terjatuh keluar dari sebuah lori.Chee Meng dan Hakim mahu memulangkan paket-paket biskut itu.Namun,Chee Meng dan Hakim tidak mendapat sokongan daripada rakan-rakan mereka yang lain kecuali Michelle yang sudi membantu mereka berdua.Bagaimana Hakim dan Chee Ming hendak mencari pemilik lori itu?Adakah usaha mereka akan berjaya?Semuanya akan terjawab dalam buku ini.Jangan lupa dapatkannya ya!