Buku Koleksi Kisah dari al-Quran ini ialah Kompilasi cerita-cerita yang boleh didapati di dalam al-Quran.Buku ini mengandungi 24 buah cerita yang telah disusun khas untuk kanak-kanak sebagai satu cara untuk memeperkenalkan cerita-cerita al-Quran kepada mereka.Setiap cerita diselitkan dengan nilai-nilai Islam dan pengajaran yang dapat membantu dalam membina perwatakan dan peribadi mulia kanak-kanak sebagai seorang Islam. Kesemua cerita ditulis dalam Bahasa yang mudah untuk pemahaman kanak-kanak.Setiap cerita disertakan dengan Ilustrasi berwarna yang menarik untuk menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan. Sebagai tambahan,soalan-soalan pemahaman juga disertakan di bahagian akhir buku ini.Soalan-soalan ini adalah berguna untuk perbincangan mengenai sesuatu cerita dengan lebih lanjutatau menguji pemahaman kanak-kanak selepas setiap bacaan.